PENDIDIKAN DAN ORANG ASLI DALAM ARUS PERDANA

PENYUNTING: Ramle Abdullah, Mohamad Hafis Amat Simin, Azlina Abdullah & Zurina Mansor
ISBN: 978-983-9842-53-1
HARGA: RM40.00
TAHUN: 2012


Masyarakat Orang Asli merupakan salah satu kaum pribumi yang masih ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Sebahagian besar mereka mengamalkan aktiviti ekonomi tradisional yang berkait rapat dengan persekitaran semula jadi. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk memajukan mereka. Antara lain, memgambil inisiatif untuk membangunkan pendidikan yang dianggap instrumen asas kepada keupayaan mereka untuk menyertai pembangunan dan masyarakat arus perdana. Sehubungan dengan itu, buku ini membincangkan empat dimensi berkaitan pembangunan pendidikan masyarakat Orang Asli iaitu perancangan pembangunan pendidikan Orang Asli, program pembangunan pendidikan, masalah pengajaran-pembelajaran (cabaran, guru dan pedagogi), persepsi, harapan dan peluang Orang Asli berhubung pembangunan pendidikan, serta pencapaian dan potensi pencapaian. Kupasan berhubung keempat-empat dimensi berkenaan memberi satu gambaran dan petunjuk tentang keupayaan masyarakat Orang Asli dalam menyertai masyarakat arus perdana seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Tags: Buku Ilmiah