MANHAJ DAN MESEJ DAKWAH KEPADA PEMBESAR

 

PENULIS: Zawawi Yusoff, Mohd Safri Ali, M. Zaidin Mat
ISBN: 978-967-0899-54-1
HARGA: RM52.00
TAHUN: 2016


Latar belakang penurunan surah ‘Abasa, surah yang ke 80 di dalam al-Quran ialah suasana Rasulullah s.a.w. sedang berdakwah kepada golongan pembesar Quraisy. Tindakan ini tercetus daripada naluri baginda sendiri dengan harapan apabila golongan pembesar menerima dakwah maka hilanglah sebahagian daripada halangan dakwah. Pada masa Rasulullah s.a.w. dan pada peringkat permulaan dakwah di Nusantara, dakwah berkembang dengan cepat kerana ia banyak didokong oleh golongan ini. Justeru, buku ini menyingkap sejarah dakwah Rasulullah s.a.w. kepada golongan pembesar yang dilakukan melalui pelbagai manhaj dan mesej dakwah yang sesuai dengan keadaan mereka. Halangan dan masalah dakwah kepada mereka dibahaskan berdasarkan penceritaan di dalam al-Quran. Konsep dakwah, mesej dan pembesar dikupas bersumberkan rujukan-rujukan yang berautoriti. Sorotan sejarah dakwah para rasul a.s. kepada golongan pembesar khususnya dari aspek mesej turut dibincangkan. Kemuncak perbincangan di dalam buku ini ialah kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w. kepada golongan pembesar melalui surat. Melalui penjelasan tentang perkara-perkara yang berkaitan seperti kepentingan, manhaj, halangan, mesej dan faktor kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w., buku ini diharapkan dapat menjadi satu sumbangan bermakna dalam usaha memperkayakan khazanah ilmu dakwah terutamanya tentang dakwah kepada golongan pembesar.